| Kurik Kundi Merah Saga | Cekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pisang pasang api, Tempat kapal belayar malam; Kalau belum nak mati, Badan tercampak ke lubuk dalam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang menuku, Turun makan padi di laman; Rasa nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang seribu, Mari berhenti di tengah halaman; Abang nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati. |