Kurik Kundi Merah Saga | Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gesek biola nama Cik Mamat, Mari digesek Tanjung Jati; Doa saya biar selamat, Ada umur bertemu lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu nama Tok Janggut, Taruh misai serta janggut; Kalau tak pandai ilmu ribut, Lebih baik jangan ke laut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Seri Johor nama negeri, Sultan Ismail raja yang mulia; Alangkah terangnya matahari, Bulan juga membawa cahaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si Sanjai nama Rang Kuok, Pandai benar lintang; Tagajai nasi emak suap, Terkenang janji nanti petang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si Sanjai nama Rang Kuok, Pandai benar lintang; Tagajai nasi emak suap, Terkenang janji nanti petang. |