Kurik Kundi Merah Saga | Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas serumpun tidak berduri, Buah manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah nanas di dalam ladang, Diladang oleh Cik Siti; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli. |