Kurik Kundi Merah Saga | Daripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya. |
Kuntum Pertiwi Buku 3 | Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nangka nak gugur, Jangan menimpa dahan pauh; Kalau mata nak tidur, Jangan lupa esok berjalan jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok nangka pohon cempedak, Pecah-pecah bunga senduduk; Kecil jangan disangka budak, Gajah tersungkur oleh pelanduk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nangka jangan dipindang, Kalau dipindang menjadi punai; Air mata jangan diladung, Kalau diladung menganak sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nangka bertupa-tupa, Burung belatuk terbang meranting; Abang bawa balik bunga cempaka, Bawa masuk ke dalam gading. |