Kurik Kundi Merah Saga | Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pak Lekup minta sedekah, Mari sedekah rumah Pak Gapur; Bulan cukup abang nak nikah, Minta duit belanja dapur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak menggulai babi; Nasi masak gulai pun masak, Imam sampai nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bertenun secara kembang, Limau kerbau masak merekah; Kalau bersenyum ketawa dek orang, Ambil tuk lebai baca nikah. |