Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.ri] | نوري

Definisi : = burung ~ sj burung, perling, pialin, puling, serindit gajah, tanau; ~ kelabu, Psitta­cus erithacus; ~ kepala kelabu, Psitta­cula finschii; ~ merah, Domicella garulla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.ri] | نوري

Definisi : sj ikan laut, Callyodon spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.ri] | نوري

Definisi : ; burung ~ nama sj burung, Psittinus cyanurus cyanurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nuri

Puisi
 

Burung nuri si burung tiung,
     Turun makan di tepi pantai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPecah boyan pecah tempayan, Mari dikorek penyuci kaki; Hilanglah nuri diganti bayan, Nuri teritung batang melentik.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri si burung tiung, Turun makan di tepi pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri terbang di awan, Hinggap mari di kayu jati; Hatinya rindu kepada kawan, Rinduku jua separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari.
Kurik Kundi Merah SagaMemasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Kurik Kundi Merah SagaBurung punai burung tiung, Terbang dia seperti nuri; Tuan ibarat bagai payung, Saya di bawah merendah diri.
12

Kembali ke atas