[nya.la] | ڽالا
Definisi : ; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam; bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; menyalai memasang supaya menyala;menyalakan 1. menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan menyala: dgn perlahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; penyalaan perbuatan atau hal menyala(kan); penyala alat utk menyalakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[nya.la] | ڽالا
Definisi : , = ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. menyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hendak ~ api jika tidak ada mancis? 2 menjadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaan perbuatan (hal dsb) menyala, menyalai atau menyalakan. penyala alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)