Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyiur

Puisi
 

Nyiur manis baru gugur,
     Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
     Menyesal di dunia tidak belajar.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.

Bermaksud :

Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNyiur dulang kelapa dulang, Nyiur manis condong ke paku; Peluk timbang tangis timbang, Jangan menangis ingatkan aku.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis di tebing raut, Masak sebutir membilang tandan; Adik pergi melangkah laut, Abang di rumah membilang bulan.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur muda jangan lebat, Kalau lebat patahmayang; Orang muda jangan mengebat, Kalau ngebat ditinggal tunang.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan-menindan limau manis; Cium tinggal pangku tinggal, Tinggal adinda yang manis.
1234

Kembali ke atas