Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oleh-

Puisi
 

Sapu tangan bersiring hijau,
     Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
     Luka di hati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(118)

357

One man's meat is another man's poison

Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.

Pejatian awak, kepandaian orang.

Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!

Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi pejatian awak, kepantangan orang. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(85)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa oleh mengayam nyiru, Nyiru dianyam di atas bukit; Apa oleh menahan rindu, Kalau ditahan jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jari berkelur, Oleh membeli di kedai Cina; Suka di tangan kerana seekor, Suka di hati bawa merana.
Kurik Kundi Merah SagaApa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli.
Kurik Kundi Merah SagaBunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.
Kurik Kundi Merah SagaBaju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita.
Kurik Kundi Merah SagaBeli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga.
Kurik Kundi Merah SagaTanam kelapa dihempap pelepah, Tanam oleh anak Melayu; Besi kukembar lagi kupatah, Inikan pula dahan jambu.
Kurik Kundi Merah SagaDatang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah.
1234

Kembali ke atas