Kurik Kundi Merah Saga | Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai lobak ikan senangin, Nampak lombong mengail emas; Ombak besar dikacau angin, Ikan di tepi mati lemas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri. |