Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna pasang pelita, Kerana sumbu dok habis minyak; Apa guna main mata, Yang itulah dok bagitau orang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak. |