Kurik Kundi Merah Saga | Hendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. |