Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung.
Kurik Kundi Merah SagaOrang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaSerikaya pulut udang, Mari makan di tepi pangkin; Orang kaya lagi berhutang, Ini pula kita miskin.
Kurik Kundi Merah SagaKalau beli buah berangan, Jangan lupa buah kana; Orang kaya jangan diangan, Orang miskin jangan dihina.
Kurik Kundi Merah SagaCik Husin pergi ke kota, Sampai ke kota membeli barang; Orang miskin hidup menderita, Orang kaya bersenang-lenang.
Kurik Kundi Merah SagaLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna kain cukin, Sudah ada baju kebaya; Apa guna adik miskin, Baik cari orang kaya.
Kurik Kundi Merah SagaBunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya masak di raya, Pisang burung masak di ujung; Yang kaya sama kaya, Yang miskin mencari untung.
123

Kembali ke atas