Kurik Kundi Merah Saga | Jangan ditebang pisang awak, Pisang lain banyak lagi; Jangan ditebeng orang tak hendak, Orang lain berlambak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Balasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang mudik pergi ke Daru, Datang Daru teruslah ke Matu; Orang lain saya tak hirau, Hirau tak hirau kakanda satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan. |

Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa kebil pisang memandak, Pisang baling banyak lagi; Apa kebil orang tak ndak, Orang lain banyak lagi. |