Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain putih panjang berela,
     Jahit mari benang kasturi;
Hati suka main berdua,
     Orang luar apa peduli.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung terdongak-dongak, Mari dongak dalam perahu; Hendak bercium gigi rongak, Orang luar sudahlah tahu.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli.
Kurik Kundi Merah SagaBuat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.
Kurik Kundi Merah SagaOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.
Kurik Kundi Merah SagaBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam.
1234

Kembali ke atas