Kurik Kundi Merah Saga | Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata. |