Kurik Kundi Merah Saga | Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itikbawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi, encik orang di rumah, Terima tidak kami ke sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Lagi kecil ditimbang ibu, Sudah besar timbang gelombang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya gontong; Dari kecil timangnya ibu, Sudah besar cari untung. |