Kurik Kundi Merah Saga | Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keritih tiram tergantung, Limau manis banyak bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Hitam manis baik budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini menanam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita sekampung, Malam esok kita bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya. |