| Kurik Kundi Merah Saga | Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Banyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Banyak orang ambil baja, Saya seorang mengambil padi; Banyak orang balik saja, Saya seorang gagah menanti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Banyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati. |