Kurik Kundi Merah Saga | Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai tanjak pergi ke Acheh, Sarat pula baju jubahnya; Biar bijak jodoh dipilih, Kalau tidak kecewa padahnya. |