Kurik Kundi Merah Saga | Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk padang tumbuh ke padang, Pucuk keduduk siapa punya; Orang dagang pulang ke dagang, Orang duduk siapa punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang sudah ke Muar belum, Anak Cina berjual daging; Pandang sudah bertemu belum, Ibarat bunga dalam cermin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang lalu berempat, Kok koyak tepi kainnya; Nan hilang tidakkan dapat, Cari nan lain kan gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang lalu berempat, Di balik pohon kenanga; Sudah hilang di mana nak dapat, Ambil kertas lukiskan nama. |