| Kurik Kundi Merah Saga | Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kayu pagar berikat tali, Diikat-ikat bawa ke tanjung; Kalau benar berkali-kali, Akhirat jangan tanggung-menanggung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Di tepi pagar pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Apa guna hidup di dunia. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Akar tanjung pagar selasih, Balung kulit berisi serai; Alangkah teruk menanggung kasih, Tak sebab kulit tulang bercerai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar. |