Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.hang] | ڤاهڠ

Definisi : (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hang] | ڤاهڠ

Definisi : negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 35 965 km2, Kuantan sbg ibu negeri, Darul Makmur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pahang

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Angin bertiup sebelah utara;
Bila berdepan memanglah manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari Pahang ke Kuala Lipis, Hajat hendak terus ke utara; Masa bertentang mulutnya manis, Bila belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pahang ke Kuala Lipis, Angin bertiup sebelah utara; Bila berdepan memanglah manis, Bila belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaLekuk lebih Kuala Pahang, Hutan batu disimpul pulih; Sakitnya tekak dikoyak rahang, Mana satu tidak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaDari Melaka pergi ke Pahang, Singgah ke Johor beli berangan; Saya mengucap selamat datang, Jikalau salah dikeji jangan.
Kurik Kundi Merah SagaTolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaHutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang.
Kurik Kundi Merah SagaTidak jadi padi Terengganu, Burung kuang berintik-rintik; Tidak jadi dengan si anu, Air Pahang balik mudik.
Kurik Kundi Merah SagaRapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum.

Kembali ke atas