Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.las.pa.las] | ٢ ڤالس

Definisi : rak atau para-para tempat men­jemur dll; rumah ~ rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palas-palas

Puisi
 

Pucuk palas si daun palas,
     Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
     Asal ingat dalam hati.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk palas si daun palas, Tetak mari beranti-ranti; Bukan berbudi minta balas, Asal ingat dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.
Kurik Kundi Merah SagaDaun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaPohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk capa disayur manis, Daun palas dalam padi; Belum baca tunduk menangis, Rasa belas di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.
12

Kembali ke atas