[pan.cung] | ڤنچوڠ
Definisi : ; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pan.cung] | ڤنچوڠ
Definisi : 1. bahagian hujung, punca atau penjuru (kain dll); ~ serong (kain yg) disusun atau diikat serong dgn puncanya tergantung; 2. bersegi dan tirus ke hujung, bersegi lancip; 3. penggal (leher dll), kerat: hukum ~; pepat di luar ~ di dalam prb rupanya baik tetapi hatinya jahat; berpancung berikat serong dgn puncanya tergantung (kain): jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung; memancung memenggal, mengerat (kepala, leher, dll); pancungan hasil kerja memancung: ~ pedang; pemancung (alat) utk memancung: parang ~; pedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pan.cung] | ڤنچوڠ
Definisi : 1 bahagian hujung atau penjuru kain; punca kain. 2 bersegi serta tirus ke hujung bentuknya; bersegi runcing. berpancung berikat serong (bkn kain): Jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[pan.cung] | ڤنچوڠ
Definisi : pembunuhan yg dilakukan dgn memotong leher: Semua perompak itu telah ditangkap dan dihukum ~. memancung memotong dgn pedang tajam dll yg diayun kuat-kuat: Penyeludup-penyeludup itu telah ~ rakan mereka yg membocorkan rahsia. pemancung alat yg digunakan utk memancung: pedang ~ leher. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)