Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian hujung atau penjuru kain; punca kain. 2 bersegi serta tirus ke hujung bentuknya; bersegi runcing. berpancung berikat serong (bkn kain): Jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancung
Kata Terbitan : memancung, terpancung,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar.
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaTumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi.
Kurik Kundi Merah SagaDarilah pauh bandar mendatang, Tetaklah sampan pancung kemudi; Darilah jauh tuan datang, Kerana tuan hadir di sini.
Kurik Kundi Merah SagaTetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.
Kurik Kundi Merah SagaSaya ke hulu menebang lalang, Padi muda pancung ke kiri; Apa dimalu didengar orang, Badanku muda berani mati.

Kembali ke atas