Kurik Kundi Merah Saga | Pandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mati terselit di bawah pandan, Pandan berbunga wanginya; Baru berjumpa muka dan badan, Kiranya cincin akan tandanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Pandan pergi ke seberang, Membeli tauhu dengannya ikan; Kalaupun tidak dikenang orang, Tuhan mengetahui iakah bukan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang dua; Hancurlah badan dikandung tanah, Budilah baik dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pandan jauh ke tengah, Pulau Sari bercabang dua; Buruk badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Barangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring. |