Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lihat (sambil memerhatikan); beradu ~ bertemu mata, berhadapan muka; membuang ~ a) memalingkan muka, melihat ke tempat lain; b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh; seimbas (selayang) ~ melihat dgn sekali imbas (sepintas lalu); 2. bp memandang; ~ ringan menganggap sepi atau tidak penting; alat ~ dengar alat utk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakam­an, televisyen, dll); ~ tilik pendapat (fikiran); ~ tinggi menganggap mulia (berharga dll); ~ anak, ~ menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak; ~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu dgn cermat (teliti); berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; memandang 1. menggunakan mata utk me­ngetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempeduli­kan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan per­hatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) mengang­gap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, me­mikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai; pandang-memandang 1. berpandang-pan­dangan, saling memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati (meng­hargai dll), hormat-menghormati, segan­-menyegani, dll: hidup berjiran begini, kita harus ~; memandangi memandang dgn teliti, meli­hati, mengamati: isterinya tegak juga di situ ~nya bekerja; terpandang 1. dapat dipandang, terlihat, ke­lihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-­tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, dise­gani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat: dlm seminggu selepas perpisahan itu, ~ saya akan rupanya; terpandangkan terpandang akan: apabila ~ Milah yg sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya; memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; pandangan 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; berpandangan mempunyai pandangan (ba­hawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan keboleh­an menjangka (keperluan, masalah, perkem­bangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; pemandangan 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil me­mandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; sepandangan sejauh yg dapat dipandang; pemandang 1. orang yg memandang; 2. sl pandangan, pelihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penglihatan terhadap sesuatu: melayangkan ~ melihat jauh-jauh; selayang ~ penglihatan sepintas lalu. berpandang-pandangan saling melihat; sama-sama melihat antara satu dgn yg lain: Orang besar-besar itu pula ~ antara satu dgn yg lain. memandang 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). memandangkan membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. terpandang 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. pandangan 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. berpandangan mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. pemandangan 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandang.

Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan turun rintik-rintik;
Pandang dagu pandang leher,
     Pandang kening bertambah cantik.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.
Kurik Kundi Merah SagaApa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaBelas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi pandang ke bendang, Pati santan diminum mabuk; Kalau rindu jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan Bukit Nalasung, Pandang jauh sayang-sayangan; Pantun bunga dalam tempisung, Akan kubuang sayang-sayangan.
Kurik Kundi Merah SagaPanas sungguh hari ini, Pandang ke langit sisik tenggiling; Marah sungguh tuan ini, Saya datang hadap ke dinding.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini?
Kurik Kundi Merah SagaSigup cina tembakau cina, Asapnya mari berbunga-bunga; Pandang muka tidak berina, Sudah kutahu orang yang punya.
12345

Kembali ke atas