Kurik Kundi Merah Saga | Parit Keropok Parit Sakai, Sama tengah Parit Keruma; Jangan reput bunga setangkai, Belum tahu siapa yang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat di Parit Baru, Sayur manis di Tanah Bawang; Sudah dapat sahabat baru, Dalam manis saya terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat puluh petang parit dijangat, Paritnya satu dijemur kain; Adik tak ambuh royatku bangat, Mudahlah ambo mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lurut-lurut padi seberang, Buah banyak melirit-lirit; Bergerak surut pasang hilang, Nampak hitam lumpur di parit. |