Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mematuk 1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu; ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bu­kan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
patuk
Kata Terbitan : mematuk,

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ayam tak patuk,
     itik tak sudu.

Bermaksud :

Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam.
Kurik Kundi Merah SagaYa Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke darat menebang jagung, Jagung ditebang sambil berdiri; Pipit menangis nak makan jagung, Bukannya patuk makan sendiri.

Kembali ke atas