Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam; ~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang; (spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa); memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata spt parang yg panjang serta tajam bilahnya. ~ beladau pedang yg pendek bilahnya. ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya. ~ ekor pari pedang yg bilahnya berbentuk tiga segi. ~ rumput pisau spt pedang utk memotong rumput. ~ samurai pedang yg panjang, tajam dan berkilat bilahnya dan digunakan oleh anggota Samurai. memedang memotong atau menetak dgn pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedang

Puisi
 

Dipetik nanas dengan pedang,
     Dimakan orang Kuala Teri;
Kusangka panas hingga ke petang,
     Rupalah hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.
Kurik Kundi Merah SagaDipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaAnak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut.
Kurik Kundi Merah SagaBudak nakal di pintu raja, Pakai pedang sebelah kiri; Buah masak kalau tak jaga, Disambar keluang dibawa lari.
Kurik Kundi Merah SagaPatah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang.
Kurik Kundi Merah SagaLimau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang.
Kurik Kundi Merah SagaLimau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya dengannya kuku, Terlebih baik dengannya pedang; Tak usah dihantar sampai di pintu, Kakandamu boleh berjalan seorang.
12

Kembali ke atas