Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.pah] | ڤلڤه

Definisi : 1. tangkai daun, tulang daun (nyiur, pisang, dll); 2. tulang (bulu ayam dll); ~ nyiur Kl hidung yg besar hujungnya; ~ bawah luruh, ~ atas jangan gelak prb mestilah ingat bahawa semua yg hidup akan matijuga sudahnya; memelepah (mempelepah) membaling (memukul) sesuatu dgn kayu dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.pah] | ڤلڤه

Definisi : 1 tulang daun yg terbesar (bkn daun kelapa, daun pisang dll); tangkai daun kelapa, daun betik dll. 2 tulang bulu ayam dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelepah

Puisi
 

Ambil galah pelepah jantung,
     Pucuk bayam pucuk meranti;
Kalau kita berkira pantun,
     Kokok ayam abang tak henti.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Hati bagai pelepah,
     jantung bagai jantung pisang.

Bermaksud :

Orang yang tidak ada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk?
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti.
Kurik Kundi Merah SagaTanam kelapa dihempap pelepah, Tanam oleh anak Melayu; Besi kukembar lagi kupatah, Inikan pula dahan jambu.
Kurik Kundi Merah SagaTebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Belukar batang gelugur, Ambil galah pelepah jantung; Bentang tikar tempat tidur, Baik abang kira pantun.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri.
Kurik Kundi Merah SagaWayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing.

Kembali ke atas