Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani isti­adat perkahwinan, mempelai: maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua; berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; mempelai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengantin (kata nama)
Bersinonim dengan mempelai, raja sehari, kemanten.,

Puisi
 

Beras basah mari taburkan,
     Pengantin diarak gelak ketawa;
Puas sudah hamba hiburkan,
     Hati rindu terkenang jua.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Kurik Kundi Merah SagaBeras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaHujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada.
Kurik Kundi Merah SagaBanting-banting tumbuhlah damit, Disukat bahagian panjang; Pengantin lagi damit, Ibu bapanya akan menentang.
Kurik Kundi Merah SagaDaun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berkayuh dalam perahu, Kerana hendak mudik ke hulu; Minta selamat pengantin baru, Dari anak hingga ke cucu.
Kurik Kundi Merah SagaTirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.
Kurik Kundi Merah SagaKemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru.
12

Kembali ke atas