Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pengayuh sama di tangan,
     perahu sama di air.

Bermaksud :

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu pengayuh jatuh, Buat bersunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Baru tidak berjari lima.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna mengayuh biduk, Patah pengayuh ganti kemudi; Adikku dara sudah merajuk, Ke manakah tuan membawa diri?
Kurik Kundi Merah SagaApa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang.
Kurik Kundi Merah SagaPokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak.

Kembali ke atas