Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ngat] | ڤڽڠت

Definisi : sj serangga yg bersengat; jenis-jenis: Ropalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala dll; memelihara ~ dlm baju prb menaruh musuh dlm rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ngat] | ڤڽڠت

Definisi : berbagai-bagai serangga yg bersengat terutamanya jenis lebah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengat (kata nama)
Bersinonim dengan antup, tandik, sundak;,
Kata Terbitan : bersengat, menyengat, penyengat,

Puisi
 

Sarang penyengat perdu mengkuang,
     Awa-awa kena belantik;
Jika ditengok oleh orang,
     Buat pura dua beradik.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang?
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.
Kurik Kundi Merah SagaHampir-hampir diserang penyengat, Dari jauh ke puncak putih; Jikalau kasih katakan niat, Sudah berkawan mana kekasih.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di dalam padi; Petang-petang duduk melengung, Berasa teringat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di daun padi; Petang-petang ambo melengung, Teringat pada adinda tadi.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut tanahnya lembah, Sarang penyengat perdu mengkuang; Jikalau ikut sampai ke rumah, Takut ditengok olehlah orang.
12

Kembali ke atas