| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ke Sungai Dungun memetik perah, Kutip perah di Bukit Seberang; Adik melenggang bukanlah marah, Kerana mengenang nasib badan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi. |