Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)

645

A word spoken is past recalling

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but a word spoken is past recalling. I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi seberang naik perahu, Perahu berisi jerami padi; Cinta adik abang tak tahu, Cinta adik sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu belayar berisi rambai, Hendak menuju Kuala Lukut; Tinggi jangan ingat mahu capai, Tuah orang jangan ikut.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu saya muat kendi, Jangan diliuk dilenggang lagi; Kami jahat biar pergi, Jangan cinta dikenang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu payang belayar ke seberang, Sarat bermuat kayu jati; Kalau menumpang kekasih orang, Tentu tak dapat kehendak hati.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam.
12345678910...

Kembali ke atas