Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pérak) 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat per­hiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja; keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl; masin ~ terlampau masin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perak I

Puisi
 

Tanam jarak tak tumbuh jarak,
     Jarak nak tumbuh di langit putih;
Beri perak tak ambuhlah perak,
     Saya ambuh ke baju putih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang;
     hujan keris lembing di negeri kita;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(6)

258

Dry bread at home is better than roast meat abroad.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, dry bread at home is better than roast meat abroad.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa; Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara.
Kurik Kundi Merah SagaTanam jarak tak tumbuh jarak, Jarak nak tumbuh di langit putih; Beri perak tak ambuhlah perak, Saya ambuh ke baju putih.
Kurik Kundi Merah SagaPadi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua; Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari.
Kurik Kundi Merah SagaBeras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaNanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.
12

Kembali ke atas