Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.du] | ڤردو

Definisi : 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : ; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi dan peradaban Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perdu
Rujuk :pangkal

Puisi
 

Manis sungguh tebu seberang,
     Dari perdu sampai ke pucuk;
Manis sungguh mulut cik abang,
     Tipu adik di dalam pujuk.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh tebu seberang, Dari perdu sampai ke pucuk; Manis sungguh mulut cik abang, Tipu adik di dalam pujuk.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut tanahnya lembah, Sarang penyengat perdu mengkuang; Jikalau ikut sampai ke rumah, Takut ditengok olehlah orang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki ditikam duri, Duri landak di perdu sirih; Sakit hati diri sendiri, Barang kehendak nak ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh.

Kembali ke atas