Kurik Kundi Merah Saga | Dari Semantan pergi ke Lundu, Datang ke Lundu berjalan kaki; Apa kena hatiku pilu, Mengenang tuan jauh pergi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke laut lalu menjala, Dapat banyak ikan cencaru; Minta jauh segala bala, Minta selamat pengantin baru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke hulu menjerat napuh, Buat umpan si daun sena; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang. |