Kurik Kundi Merah Saga | Kami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lagi pauh permatang rendah, Ambil cengal buat kemudi; Dari jauh abang datang, Dengar dinda baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari pauh permatang layang, Singgah berapat papan kemudi; Dari jauh abang datang, Mengenang adik baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak pauh atas permatang, Ambil cengal buat kemudi; Abang jauh lagi datang, Dengar adik baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pauh tepi permatang, Pokok pandan di birai perigi; Dari jauh hamba nan datang, Mendengar tuan yang baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dentam-dentum atas permatang, Orang mengemping padi muda; Abang! Abang! Tunangku datang, Payungnya kuning tekat pelada. |