Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMuara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga.
Kurik Kundi Merah SagaKekati atas peti, Anak tekukur bawah batang; Dari pagi saya nanti, Hari petang baru datang.
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba.
Kurik Kundi Merah SagaPatah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaKain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut.
Kurik Kundi Merah SagaPenangan juadah di atas peti, Pinang selaya dari kota; Putuslah sudah harapan hati, Gugur berderai si airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis dimakan rusa, Peti belayar Negeri Keling; Buat manis hadapan kita, Hati berkisar tempat lain.
123456

Kembali ke atas