| Kurik Kundi Merah Saga | Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang mumbang kelapa mumbang, Mumbang sebiji dari Pariaman; Kalau tahu jinaknya kumbang, Tanam bunga di pinggir laman. |