| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pandan meniti pudak, Pudak dititi kayu berdiri; Bunga tinggi penjolok bunak, Jikalau sudi jatuh sendiri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pudak di titi pandai berduri, Dibawa oleh raja Melayu; Manakan bunga jatuh sendiri, Jikalau tangkainya tiada layu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga selasih dibawa melayang, Bunga pudak dalam padi; Orang kasih saya tak sayang, Baru sedar dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Di sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka. |