Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kat] | ڤوکت

Definisi : sj jaring besar dan panjang utk menangkap ikan, biasanya digunakan di laut; jenis-jenisnya: ~ bawal, ~ cang, ~ cina, ~ hanyut, ~ harimau, ~ tangkul, ~ tarik, ~ tunda, dll; mata ~ lubang-lubang pd pukat; pawang ~ orang yg ahli dlm menangkap ikan dgn pukat, perahu (sampan); ~ perahu (sampan) utk menangkap ikan dgn pukat, perahu mayang, perahu pemayang; ~ terlabuh ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia; memukat menangkap ikan dgn pukat; pemukat 1. nelayan yg menggunakan pukat; 2. perahu mayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kat] | ڤوکت

Definisi : jaring besar dan panjang yg digunakan utk menangkap ikan dsb: ~ hanyut; ~ harimau; ~ tangkul; ~ tarik; ~ tunda. memukat menangkap ikan dsb dgn menggunakan pukat. pemukat nelayan yg menggunakan pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukat (kata nama)
Bersinonim dengan jala, jaring, kisa, payang, pemayang, belat, lukah, bubu, rambat;,
Kata Terbitan : memukat, pemukat,

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Laksana sampan pukat.

Bermaksud :

Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaChah pukat dilanggar ikan, Ikan ada dalam perigi; Sila minta permata intan, Intan ada sekerat negeri.
Kurik Kundi Merah SagaRibut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaPasang api menambah pukat, Aur perindu tidak berdahan; Buah hati mari dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati melampung pukat, Sayang belunuk tidak berdahan; Buah hati ke mari dekat, Dendam rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ani menahan pukat, Dapat ikan berkati-kati; Kalau hati sudah terpikat, Tak dapat lagi ditukar ganti.
Kurik Kundi Merah SagaBatang mari kepala pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Aku rindu tiada tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke darat menahan pukat, Sayang ke padang ke Sungai Merah; Seperti kertas dengan dakwat, Sama menghancur sama mengalah.
12

Kembali ke atas