Kurik Kundi Merah Saga | Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul empat pukul lima, Pukul enam hari siang; Tidak dapat macam selama, Biar menjadi debu melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. |