Kurik Kundi Merah Saga | Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya nak mandi tambatan banyak, Tambah pula ada buaya; Saya nak berbini hutang banyak, Tambah pula hina dina. |