Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,

Puisi
 

Manis sungguh gula kabung,
     Hendak wangi dicampur pandan;
Putus tali boleh disambung,
     Putus kasih merana badan.


Lihat selanjutnya...(58)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Kurik Kundi Merah SagaKeluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali mengail sotong, Ikan todak disambar buaya; Putus hati hendak bergantung, Tuan tak hendak apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali Jalan Gumantong, Kelekati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaPutus benang kain berinda, Meneruskan ke Padang Puri; Putus gendangnya dipukul cinta, Nyawa terikut badan sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaLemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar.
123456

Kembali ke atas