| Kurik Kundi Merah Saga | Ayam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri. |