Kurik Kundi Merah Saga | Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dadan apia, Dampar di pantai dimakan buaya; Makansedikit tidak mengapa, Asalkan boleh membawa gaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. |